Terdapat pelbagai model bisnes internet di luar sana. Anda boleh
menjual produk fizikal, produk digital, ataupun perkhidmatan. Sekiranya
anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual, anda boleh memilih
untuk mempromosi produk orang lain untuk dijual. Sekiranya produk
tersebut terjual, anda akan menerima komisen untuk jualan tadi daripada
pemilik produk tersebut.
Model bisnes internet ini dikenali
sebagai affiliate. Hakikatnya, bisnes affiliate merupakan antara model
yang menjadi pilihan ramai usahawan yang baru ataupun yang telah lama
berkecimpung di dalam dunia bisnes internet.
Mari kita lihat apakah kelebihan seseorang itu menjalankan bisnes affiliate.
•Tidak perlukan produk sendiri – ini adalah ciri-ciri utama bisnes
affiliate, iaitu anda tidak perlu bersusah payah mencipa produk fizikal
ataupun digital, dan juga tidak memerlukan kemahiran khusus untuk
ditawarkan.
•Tidak perlu membuat pembungkusan dan penghantaran –
oleh kerana anda mempromosikan produk orang lain, anda tidak perlu
menyimpan stok, tidak perlu membuat pembungkusan dan menghantar kepada
pembeli. Semuanya akan diuruskan oleh pemilik produk.
•Bantuan
promosi daripada pemilik produk – lazimnya sesudah mendaftar dengan
sesuatu program affiliate, anda akan mendapat laman web lengkap
disertakan dengan link affiliate anda, bantuan promosi dan contoh kaedah
promosi yang berkaitan.
•Tidak perlu hiraukan refund atau
aduan dari pembeli – sekiranya ada di kalangan pembeli yang tidak
berpuas hati dengan produk yang dibelinya, pembeli akan terus
mengemukakan aduan kepada penjual, tanpa melalui anda sebagai ahli
affiliate. Jadi anda tidak perlu risaukan sebarang tuntutan refund atau
aduan pembeli.
•Boleh bermula serta-merta – sebaik mendaftar
sebagai ahli affiliate, anda sudah boleh memulakan promosi produk atau
perkhidmatan tersebut serta-merta tanpa perlu memikirkan kos domain dan
hosting untuk laman web, autoresponder dan sebagainya. Ia cuma pilihan
dan tidak wajid anda dapatkan.
•Anda tentukan kos promosi –
oleh kerana anda perlu fokus kepada promosi sahaja, anda sendiri yang
mengawal kos promosi. Anda boleh memilih untuk kos promosi percuma
seperti blog, komen di forum dan juga media sosial. Sekiranya terdapat
bajet khusus untuk bisnes affiliate anda, anda boleh memilih untuk
membeli Facebook Ads, CPA ataupun lain-lain kaedah promosi berbayar.
Baiklah, bagaimanakah seseorang newbie boleh memulakan bisnes affiliate?
1. Pilih produk yang sesuai
Langkah pertama sudah tentu untuk memilih produk yang bersesuaian
dengan keinginan anda sebagai ejen affiliate, dan pada masa yang sama
mendapat permintaan yang baik daripada prospek pembeli. Anda boleh
memilih untuk mempromosi produk evergreen seperti panduan buat duit di
Internet, panduan memasak dan sebagainya. Anda juga boleh memilih niche
tertentu seperti ebook kisah seram, kisah kanak-kanal dan sebagainya.
2. Jana trafik yang berkualiti
Seterusnya, anda boleh mulakan strategi untuk menjana trafik yang
berkualiti ke laman web affiliate anda. Trafik yang berkualiti bermaksud
target trafik adalah prospek yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan
produk tersebut, dan mampu berbelanja untuk mendapatkannya. Untuk
permulaan, anda boleh membiasakan diri untuk membangunkan laman web yang
khusus untuk tujuan pemasaran emel sebelum pelawat-pelawat tersebut
dihantar ke laman web affiliate. Secara tidak langsung, anda mula
mengumpul senarai subscriber anda sendiri!
3. Bina kepercayaan pelanggan anda
Anda harus biasakan diri untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap
anda. Ramai orang di luar sana yang enggan membeli melalui link
affiliate kerana sangsi atau tidak percayakan ejen affiliate tersebut.
Anada boleh berikan mereka maklumat dan informasi berkaitan produk
sebelum melakukan promosi jualan kepada mereka.
4. Sentiasa berikan nilai lebih
Oleh kerana terdapat ramai ejen affiliate bagi sesuatu produk atau
perkhidmatan yang sama, prospek akan sukar membuat keputusan untuk
membeli menggunakan affiliate yang mana. Oleh sebab itu anda kena
sentiasa berikan nilai lebih berbanding rakan-rakan affiliate yang lain.
Sebagai contoh, anda boleh menawarkan bonus sekiranya pelanggan membeli
produk tersebut melalui link affiliate anda.
5. Usaha secara konsisten
Akhir sekali, anda kena sentiasa berusaha mempromosi produk atau
perkhidmatan yang konsisten. Hanya kerana satu kaedah promosi tidak
berjaya, bukanlah bermaksud bisnes affiliate anda sudah berkubur.
Sebaliknya anda tingkatkan lagi usaha untuk berjaya, dan ia mestilah
dilakukan secara konsisten!
Itulah dia perkongsian ringkas perkara-perkara asas mengenai bisnes affiliate. Semoga berjaya!
Ikhlas dari saya
Azmi Aziz
Admin AffiliatePercuma.blogspot.com
ps: Mahukan perkongsian percuma tentang bagaimana Top Affiliate #1
Malaysia buat 5 angka? Daftarkan nama dan email di http://goo.gl/A7oiZQ
0 comments:
Post a Comment